Jun 12, 2012

Gelang Nenek Fatimah Disamun Jiran Sebelah Rumah


Seorang warga emas tidak menduga kunjungan anak jirannya ke rumah adalah untuk menyamun gelang emas miliknya. Suspek yang dipercayai penagih dadah mengumpan isterinya ke rumah nenek Fatimah Md Salleh pada jam 8 malam dengan alasan ingin berurut kerana baru lepas bersalin.

Ketika mangsa yang berusia 89 tahun dan isteri suspek yang berumur awal 20an leka berbual, suspek datang dengan membawa pisau pemotong ikan. Suspek mengacu pisau di dadanya dan mengugut menikam mangsa jika gelang emas yang berharga RM3000 tidak diserahkan kepadanya.

Setelah merentap gelang emas tersebut daripada tangan kiri nenek Fatimah, suspek terus melarikan diri. Namun, dia bernasib malang apabila jeritan warga emas itu didengari penduduk Flat Seri Gemilang lalu bertindak membelasah penyamun tersebut.

©Eriyza : Jiran tetangga tidak boleh dipercayai sepenuhnya.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.