Jun 2, 2012

Jurutera Dipenjara Setahun Kerana Hina Sultan


Gara-gara menulis secara sembarangan, seorang jurutera dijatuhkan hukuman penjara setahun dan denda sebanyak RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth setelah didapati bersalah atas pertuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tiga tahun lalu. Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin menetapkan hukuman tersebut terhadap Chan Hon Keong, 29, selepas mengambil kira semua fakta dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.


Menurut Ikmal Hishan, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius kerana ia turut melibatkan kepentingan awam.

“Ini (kes tersebut) satu-satunya kes menghina Sultan Perak yang dibicarakan secara penuh di mahkamah.

“Selepas meneliti, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bermula hari ini (semalam) dan denda RM50,000. Jika tidak bayar, penjara lagi enam bulan,” katanya.

Ahli keluarga tertuduh termasuk isterinya, Khoo Hui Suang, 28, dilihat menitiskan air mata selepas mendengar keputusan hukuman. Pada 15 April lalu, Hon Keong mengaku tidak bersalah selepas didakwa bersama isterinya, Hui Suang kerana mengedar komen lucah menghina Sultan Perak melalui ruang siber.

Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan itu melalui laman web http:// books.dreambook.com/duli/ duli.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Laman web tersebut kini telah disekat daripada dilayari.

Petikan Kosmo!


Menuduh tanpa bukti adalah buruk tetapi menghina berserta ayat lucah adalah teruk. Sewajarnyalah lelaki ini diberi 'pengajaran' agar menjadi tauladan kepada rakyat lain bahawa penjara menanti mereka jika menulis sembrono.

©Eriyza : Menulis bukan kerana nama tetapi kerana suka.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.