Jun 3, 2012

Budak Malang Tinggal Dengan Kambing


Seorang budak lelaki yang berusia 2 tahun telah diselamatkan oleh para pekerja kebajikan masyarakat apabila mendapati kanak-kanak itu diletakkan oleh ibunya di dalam sebuah bilik yang penuh dengan kambing. Anak malang yang dikenali sebagai Sasha T ini ditinggalkan oleh ibunya Marina, 40, dalam bilik yang kotor dan busuk di wilayah Rostov, Russia.

Sasha T bukan sahaja kekurangan zat makanan malah perilakunya juga seperti anak liar. Dia tidak diajar bercakap dan tidak pandai makan seperti manusia. Berkemungkinan besar dunia bayinya hanya dihabiskan bersama kambing.

Irina Bochkova, Timbalan Ketua Kebajikan Masyarakat mendakwa ibu mangsa tiada di rumah ketika mereka menemui kanak-kanak itu kesejukan tanpa pakaian. Bilik itu pula terlalu kotor dan berbau. Mereka segera membawa Sasha T ke hospital untuk dirawat.

Doktor Natalya Simonina yang menguruskan kes Sasha pula memberitahu bahawa Sasha enggan tidur di atas katil, tidak tahu menggunakan sudu, terlalu takut dengan orang dewasa. Sasha juga didapati cuba memecahkan semua benda yang berada berhampirannya dan tidak tahu fungsi mainan yang diberi kepadanya.

©Eriyza : Simpati dengan nasib Sasha T. Semoga kanak-kanak ini mendapat pembelaan yang baik dari pihak berwajib.

Via : DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.