Jun 16, 2012

Katak Berkahwin Untuk Panggil Hujan


Penduduk kampung di wilayah Chhattisgarh, Takhatpur, India telah memilih dua ekor katak untuk dikahwinkan dalam sebuah ritual perkahwinan luar biasa kerana mereka berpendapat cara ini dapat menyelesaikan 'sumpah kemarau' yang melanda kawasan itu sejak beberapa bulan lalu hingga mengakibatkan kekurangan bekalan air.

Perkahwinan pasangan katak tersebut dijalankan seperti perkahwinan masyarakat Takhatpur yang mempunyai elemen hiburan dan hadiah.

Mengikut kepercayaan, sejurus pasangan katak itu 'bercium', seluruh masyarakat di perkampungan itu akan bernazar untuk mohon hujan. Kemudian, pasangan katak tersebut dilepaskan berhampiran sungai di perkampungan itu, sekali gus membawa nazar daripada penduduk kampung terbabit.

©Eriyza : Tidak pernah kahwinkan haiwan.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.