Jun 16, 2012

Simbah Air Panas Kerana Marah


Seorang remaja lelaki bernasib malang apabila disimbah air panas oleh ibunya yang berang. Ibu yang berusia 47 tahun itu bertindak sedemikian setelah anaknya tidak bangun dari tidur untuk ke tempat kerja walaupun sudah dikejutkan berulang kali.


Insiden buruk yang berlaku pada jam 8.30 pagi di Tudan, Miri itu telah mengakibatkan mangsa yang berusia 16 tahun melecur teruk di bahagian belakang badannya. Mangsa yang tidak bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar tidur di atas sofa di ruang tamu rumahnya sebelum disuruh bangun oleh ibunya untuk ke tempat kerja.

©Eriyza : Manusia bertindak tidak waras apabila terlalu marah.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.