Jun 24, 2012

Keluarga Xiwang Derma Buah Pinggang


Sepasang ibu bapa merelakan anak kesayangan mereka 'pergi' buat selama-lamanya dengan tangisan yang bukan sedikit. Anak kecil berusia 2 tahun dari Mongolia yang mengidap penyakit hypoxic-ischemic cerebral palsy ini sudah tidak berpeluang untuk hidup. Namun, kematian si kecil bernama Xiwang yang bermaksud harapan ini tidak sia-sia kerana ibu bapanya memutuskan untuk menderma hati dan buah pinggangnya kepada dua pesakit kanak-kanak yang lain.


Menyedari anak perempuan mereka tidak dapat diselamatkan lagi, ibu bapanya nekad untuk menderma organ dalaman Xiwang agar pesakit lain berpeluang untuk hidup dengan hati dan buah pinggang milik Xiwang.


Petikan kata-kata ibunya, Wang Xiaofei :-

"Daripada membakar anak perempuan kami yang mati menjadi abu, kami memutuskan untuk menderma organnya untuk menyelamatkan kanak-kanak lain. Kami memanggilnya Xiwang kerana kami mahu memberi harapan untuk hidup kepada kanak-kanak lain yang memerlukan bantuan kami."


Jam 5.30 petang pada 9 Jun 2012, kedua-dua ibu bapa Xiwang memberi ciuman selamat tinggal kepadanya sambil memerhatikan anak kecil itu dibawa ke bilik pembedahan Hospital Bandar, Chifeng. Para doktor dan kakitangan hospital memberikan tunduk hormat kepada 'wirawati kecil' ketika mengiringi perjalanan terakhir hidupnya. Sekumpulan doktor telah mengambil buah pinggang dan hati Xiwang lalu dihantar organ tersebut kepada dua penerima kanak-kanak di Tianjin.

Deng Yingxin, Penyelaras Palang Merah Chifeng untuk pendermaan organ berkata, anak kecil itu adalah penderma organ perempuan pertama di Chifeng dan penderma termuda di Mongolia.

Hospital No 1 Tianjin melaporkan bahawa kedua-dua kanak-kanak yang menerima organ Xiwang berada dalam keadaan baik. Keluarga kedua-dua kanak-kanak itu merakamkan ucapan terima kasih kepada anak kecil itu dan ibu bapanya.

Dalam beberapa tahun yang lalu, ibu bapa Xiwang membelanjakan lebih daripada 200,000 yuan ($31,396) untuk rawatan perubatan dan mempunyai tanggungan lebih daripada 70,000 yuan.

Ramai orang mahu menderma wang kepada ibu bapa Xiwang selepas mereka tahu cerita dan keadaan ibu bapanya, tetapi mereka enggan menerima bantuan kewangan daripada orang lain. Ibu Xiwang memaklumkan bahawa mereka boleh menyara hidup dengan kudrat sendiri kerana mereka masih muda malah menolak sumbangan derma yang ingin diberikan.

Syabas buat ibu bapa muda yang memberi 'xiwang' kepada anak orang lain untuk terus hidup dengan organ anak mereka. Walaupun mereka kehilangan Xiwang tetapi mereka dapat melihat dua lagi anak membesar dengan hati dan buah pinggang Xiwang.

©Eriyza : Tidak sedar ada air bertakung di tubir mata ketika menulis topik ini.

Via : What's On Sanya

2 Comment

Kazen Sun Jun 24, 03:43:00 PM

setiap org tu ad part yg baik..tak semuanya jahat even dia tu tak Islam sekali pun, so jgn pndang remeh pada orang lain walau dia kurang dari kita sekalipun :)

Eriyza Sun Jul 01, 12:09:00 PM

@Kazen:
Ye betul, seiap org ada sisi baik dan buruknya. Cuma, kena lebihkan
yg baik, buang yg buruk. :D

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.