Jun 24, 2012

Antara Pasangan Dan Perlawanan


Biasanya kain pemidang dipasang untuk memberikan informasi kepada masyarakat tentang sesuatu acara yang akan diadakan. Tetapi apa pula impaknya kalau kain pemidang yang sama digunakan untuk melepaskan kemarahan terhadap seseorang?? Seseorang bernama Chris telah mendapat mesej ringkas daripada pasangannya dengan cara yang unik.


Uniknya ialah mesej tersebut ditulis di atas kain pemidang dan dipasang pula di atas jejantas di sebatang jalan raya yang sibuk di antara Birmingham dan Sutton Coldfield. Demam Euro 2012 yang sudah sampai ke peringkat suku akhir Ahad ini nampaknya sudah melanda Chris dan peminat bola sepak yang lain.

Mungkin Chris mahu menyaksikan perlawanan England menentang Itali yang berlangsung di Kiev, Ukraine sehingga mengabaikan hari ulang tahun perkahwinannya?? Tidak hairanlah pasangannya 'naik angin' sambil mengakhiri mesejnya dengan sinis seperti 'Jangan bergegas untuk pulang!'

©Eriyza : Senario seumpama ini mungkin kelihatan lucu tetapi ianya berlaku dalam keadaan tertentu.

Via : DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.