Jun 9, 2012

Khalid Ismath Digantung 3 Semester


Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Mohd Ismath telah digantung 3 semester oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula sesi akademik September ini. Hukuman itu diputuskan setelah penuntut jurusan undang-undang itu dibicarakan pada pagi Jumaat (8 Jun 2012) oleh lembaga tatatertib.


Khalid yang berusia 22 tahun dibicarakan atas isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Selain itu, dia turut didakwa atas 3 tuduhan lain iaitu :-

Tuduhan pertama - Tidak hadir kelas selama 2 minggu berturut-turut.
Hukuman - Dilarang mengambil peperiksaan dalam semester ini

Tuduhan kedua pula - Menerbitkan unsur-unsur ugutan menerusi Facebook.
Hukuman - Gantung 1 semester

Tuduhan ketiga - Menghina isteri Perdana Menteri.
Hukuman - Gantung 3 semester


Bagi tuduhan kedua dan ketiga, hukuman digantung semester dijalankan serentak. Perbicaraan tersebut bermula jam 9.30 pagi dan telah berakhir 11.30 pagi.

Bulan Mei lalu, 3 orang mahasiswa Universiti Malaysia (UM) digantung 1 semester, kini tiba giliran pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula.

©Eriyza : Tak pasal² si Khalid rugi masa, tenaga dan wang ringgit selama 3 semester.

Via : Sinar Harian

1 Comment

Malaysia Bangkit Tue Jun 12, 03:24:00 AM

tahniah...

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.