Jun 29, 2012

Majlis Akad Nikah Irma Hasmie ♥ Redza Syah Azmeer


Petang tadi telah berlangsung majlis akad nikah pelakon cantik manis, Irma Hasmie Ibrahim, 30, dan pasangannya Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, di Dewan Persidangan (Dewan Sri Melati) Kompleks Perbadanan Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sekali lafaz sahaja, Irma menjadi milik Redza pasa pukul 3.55 petang. Pasangan ini diwalikan serta dinikahkan oleh bapa Irma sendiri iaitu Ibrahim Othmandi hadapan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muhd Redza Ahmad.

Irma menerima mas kahwin 3 dinar (RM 2,220) dan wang hantaran sebanyak RM33,333.30. Pengantin perempuan turut menerima 11 dulang hantaran dan dibalas 13 dulang kepada pihak lelaki. Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 1 Julai 2012 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).


Irma Hasmie dilihat menitiskan air mata tatkala bertukar status dari cik kepada puan. Semoga pernikahan Irma Hasmie ♥ Redza Syah Azmeer yang terhasil dari cetusan perkenalan singkat di Tanah Suci akan dilimpahi rahmat. Selamat Pengantin Baru Irma Hasmie ♥ Redza Syah Azmeer.

©Eriyza : Wajah Redza ada iras Jehan Miskin. Ada pertalian keluargakah??

Via : Murai | Oh Bulan! | The Kliker

4 Comment

Unknown Mon Jul 02, 02:32:00 PM

salam..gambar paling atas tu sedut kat The Kliker. Jadi sila kredit pada Official Photographer "The Kliker | Wedding & Portrait Photography" yang susah payah bergasak nk amik best shot tu. Bukan susah, cuma jangan tutup watermark tu atau turunkan gambar tu dari blog dgn segera.

IRYMA IDRIS Mon Jul 02, 02:53:00 PM

Salam. Pic di atas sekali tu adalah milik The Kliker. Mohon jasa baik saudari untuk menggunakan gambar itu secara betul tanpa memotong watermark The Kliker dengan watermark saudari. Saudari bebas menulis dengan tidak melanggar etika berblogging. Terima kasih.

Eriyza Mon Jul 02, 03:55:00 PM

Mohon maaf kepada dua komentar di atas.
Sy akui cuai semasa meletakkan tulisan di
atas gambar dan kesilapan tersebut telah diperbetulkan.

IRYMA IDRIS Wed Jul 04, 02:43:00 AM

terima kasih saudari

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.