Seorang budak lelaki terpaksa melupakan hasrat untuk bermain bola bersama rakan²nya apabila perutnya tertusuk hendal basikal ketika membrek basikalnya secara mengejut sebelum terjatuh. Muhammad Shahrul Nizam Shahrul, 11, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan terpaksa brek mengejut apabila menyedari ada seekor ular sedang melintas di hadapannya.
Nasibnya malang apabila dia terjatuh ke atas hendal basikalnya lalu batang besi itu menembusi perutnya sedalam satu inci. Namun, dia tidak mengalami kecederaan parah kerana besi tersebut tidak mengenai organ penting perutnya.
“Ketika itu, ‘handle’ terpacak pada jalan dan perut saya betul-betul kena pada ‘handle’ serta menembusinya. Saya cuba bangun, tetapi, apabila ternampak lubang di perut, saya jadi takut,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan, tengah hari, semalam.
Ibu mangsa, Suriani Yahya, 33, berkata, dia menerima panggilan telefon dari seorang jiran memaklumkan anaknya terjatuh basikal dan mengalami kecederaan.
“Pada masa itu, saya dan suami, Shahrul Yahya, 40, berada di klinik berdekatan membawa anak kedua kami yang berusia sembilan bulan menjalani temu janji. Mulanya, saya ingat hanya luka biasa, tetapi apabila tiba di tempat kejadian saya panik melihat dia terbaring atas jalan raya.
“Saya cuba buka kapas yang diletakkan jiran pada lubang perut Muhammad Shahrul Nizam, namun dia menangis menyebabkan kami bergegas membawanya ke hospital
Petikan Sinar Harian
Pelajar itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II setelah menjalani pembedahan dan dilaporkan stabil.
©Eriyza : Semoga adik Muhammad Shahrul Nizam segera sembuh kerana sekolah bakal bermula tidak lama lagi.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.