Jun 7, 2012

Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen


Pada 4 April lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen daripada RM2.80 kepada RM2.90. Sebentar tadi, kerajaan mengumumkan RON97 akan diturunkan semula sebanyak 10 sen dan harga pasaran barunya ialah RM2.80. Harga baru ini akan berkuatkuasa mulai 7 Jun 2012.


Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.

Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran.

Petikan Harian Metro


©Eriyza : Sekali sekala mengisi petrol RON97 demi kesejahteraan enjin kenderaan.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.