Jun 4, 2012

Pesawat Terbabas Lalu Merempuh Bas


Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila sebuah pesawat kargo Boeing 727 milik Allied Air terbabas dari landasan lalu merempuh sebuah bas mini ketika cuba mendarat setelah berlepas dari Lagos, Nigeria. Nahas yang berlaku di Ghana pada jam 7.10 malam telah mengorbankan kesemua penumpang bas mini manakala 4 orang lagi mangsa yang berada di dalam pesawat dilaporkan selamat.


Syarikat pengendali Lapangan Terbang Ghana, dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terbabas dari landasan ketika mendarat pada jam 7.10 malam waktu tempatan.

“Empat anak kapal selamat dan dirawat di sebuah klinik di lapangan terbang itu.

“Pesawat terbabit melanggar sebuah bas mini, menyebabkan 10 orang terbunuh,” menurut kenyataan itu.

Seorang saksi berkata, dia melihat kapal terbang itu mendarat dan terus melanggar bas berkenaan, menyebabkan semua penumpang terbunuh.

“Saya pulang dari kerja, berjalan dalam hujan dan melihat pesawat itu melanggar bas berkenaan,” kata Kofi Anor.

Seorang pegawai kanan tentera juga mengesahkan kejadian dan jumlah kematian itu.

Bas itu musnah sementara sayap dan ekor pesawat berkenaan patah.

Mayat mangsa yang terbunuh dibawa ke rumah mayat sebuah hospital tentera.

Pesawat itu terhempas di kawasan tidak jauh dari sebuah stadium berhampiran lapangan terbang berkenaan dan sebuah pangkalan tentera.

Naib Presiden Ghana, John Dramani Mahama memberitahu wartawan, siasatan menyeluruh akan dilakukan.

Syarikat pengendali Lapangan Terbang Ghana berkata, operasi di lapangan terbang berkenaan kini berjalan seperti biasa dan semua penerbangan adalah seperti yang dijadualkan.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Ghana, Kofi Kortufe berkata, keadaan kini sudah terkawal dan tidak sepatutnya mencetuskan kebimbangan.

Petikan Harian Metro


©Eriyza : Satu pengangkutan udara manakala satu lagi pengangkutan darat tetapi sudah suratan kedua-duanya terlibat dalam kemalangan.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.