Seorang lelaki mempunyai tabiat pemakanan yang pelik apabila menjadikan barangan berasaskan kaca sebagai makanan harian. Lebih menghairankan apabila Mohd Zamzuri Bashar turut meminum racun rumpai tetapi ia sedikit pun tidak memudaratkan kesihatannya.
Ketagihan Zamzuri yang bertugas sebagai juruteknik pada 'lauk kaca' bermula ketika dia mengenali dan mempelajari ilmu jati diri daripada seorang ustaz ketika masih bersekolah.
“Semuanya bermula apabila saya didatangi seorang ustaz mencadangkan saya yakin pada diri sendiri dan sentiasa mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan harian.
“Nasihat ustaz terbabit amat menyentuh hati kerana setiap perbuatan yang kita lakukan mestilah dengan ikhlas dan sentiasa beramal dengan al-Quran supaya kita tidak sesat,” katanya.
Mohd Zamzuri berkata, selepas beberapa bulan mendalami ilmu ‘jati diri’, keinginannya hendak mengunyah sesuatu mula memuncak namun hanya berselera pada barangan berkaca.
“Pada satu pagi ketika bersiap ke sekolah, saya tergigit gelas dan pecah kemudian secara spontan saya kunyah serpihan gelas itu seperti mengunyah kacang goreng.
“Sejak kejadian itu, saya pantang melihat gelas kaca atau pinggan pasti ada yang pecah atau rosak dimakan oleh saya tapi masih mampu mengawal perasaan sehingga sekarang,” katanya.
Beliau yang kini mengamalkan perubatan dan rawatan Islam berkata, selepas beberapa tahun berlalu amalan berkenaan sudah sebati dalam dirinya dan berterusan sehinggalah sekarang.
“Dalam rawatan secara Islam amalan makan kaca dapat kurangkan kesan santau lebih-lebih lagi yang dibuat melalui cara halus seperti sihir atau ilmu hitam,” katanya.
Petikan Harian Metro
Mujurlah kaca² yang dimakan oleh Zamzuri tidak mencederakan kerongkongnya. Jika tidak, terpaksalah dia melupakan 'hidangan pembuka selera'nya itu.
©Eriyza : Bagaimana agaknya rasa kaca?? Tentu sekali tidak masin, manis atau masam.
1 Comment
Info yang menarik
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.