Jun 26, 2012

Tangan Remaja Patah Ketika Bantu Ayah


Remaja lelaki berusia 17 tahun, yang mahu dikenali sebagai Amir telah patah tangan kirinya akibat dihumban ke lantai ketika cuba membantu ayahnya yang terjatuh kerana ditolak oleh jiran. Berlaku perbalahan antara ayah mangsa dan jiran yang berusia 40an pada malam tersebut sebelum kes itu berlaku. Pada jam 3 petang hari yang sama, ibu mangsa turut diugut akan dicederakan jika dua beranak itu lalu di hadapan rumah mereka malah wanita berkenaan turut diludah di muka.


Menceritakan semula kejadian itu, bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, berkata, kejadian bermula 19 Jun lalu ketika anaknya berada di rumah sebelum didatangi anak jirannya berusia 13 tahun yang meminta bantuan selepas mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah.

“Anak saya yang bersimpati kemudian membantu menyelesaikan masalah anak jiran itu, tetapi malangnya motosikal anak jiran itu turut dipecahkan ketika diletakkan di tempat letak motosikal di sekolah mereka.

“Tanpa usul periksa, dia (suspek) menuduh konon Amir yang melakukan perkara itu menyebabkan dia bersama dua anaknya dan seorang saudara merosakkan pula motosikal anak saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, suspek mengaku bersalah dan sudi membayar ganti rugi selepas meminta penjelasan merosakkan motosikal Amir.

“Saya sangka perkara itu selesai, namun pada keesokan hari, dia datang ke rumah jam 3 petang dan mengugut mahu mencederakan isteri jika kami melintas di depan rumah mereka.

“Isteri saya turut diludah di muka dan menghamburkan kata-kata kesat,” katanya.

Ahmad berkata, selepas diadu sikap biadab jiranya itu, dia dan Amir pergi meminta penjelasan daripada suspek kira-kira jam 9 malam di rumah lelaki terbabit.

“Namun, lelaki terbabit tidak mahu berbincang, sebaliknya menolak saya hingga terjatuh dan kebetulan Amir yang berdiri di sebelah cuba membantu turut sama menjadi mangsa selepas diangkat dan dihempas ke lantai,” katanya.

Petikan Harian Metro


Amir mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Taman Melawati pada Khamis, 21 Jun 2012.

©Eriyza : Jangan jadikan jiran sebagai lawan keran mereka orang terawal akan menghulurkan bantuan jika kita berada di dalam kesusahan.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.