
Penternak lebah, Valery Titov mencipta alatan kecergasan sendiri berasaskan kayu sepenuhnya. Sebanyak 20 buah alatan kecergasan sudah diciptanya menggunakan kayu pain Angara dan cedar tanpa sebarang penggunaan logam.

Kebanyakan peralatan tersebut digunakan oleh ahli keluarganya sendiri. Titov, 63, yang juga pakar psikologi berkelulusan dari Universiti Negeri Leningrad memberitahu bahawa alatan kecergasannya sesuai untuk bina badan dan fisioterapi.

Titov dan keluarganya tinggal di Novopyatnitskoye, 120 kilometer ke timur bandar Krasnoyarsk, Rusia. Buat masa ini, masih tiada pihak yang berminat untuk mengkomersilkan hasil ciptaannya itu.
©Eriyza : Keluarga Titov tidak perlu ke tempat lain untuk beriadah, hanya bersenam di gym mereka sendiri.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.