Seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang berusia 32 tahun telah mengamuk di sebuah hotel lalu mencederakan dua pekerja hotel tersebut. Tidak cukup dengan kekasaran itu, dia turut merosakkan beberapa buah kereta di Seremban 2. Pekerja hotel berkenaan dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan yang teruk.
Pegawai yang bertugas di Bahagian Jenayah Komersial itu telah pergi ke hotel pada malam Isnin untuk menempah bilik sebelum mengamuk beberapa jam kemudiannya. Difahamkan, pegawai itu telah menyerang kakitangan hotel disebabkan hujah mengenai penggunaan senjata.
Selepas mengamuk, dia keluar dari situ lalu merosakkan beberapa buah kereta yang diletakkan di luar hotel. Pegawai tersebut juga didapati menggunakan senjata yang dimiliki oleh anggota polis lain.
Siasatan sedang dijalankan ke atas pegawai terbabit yang telah memulangkan senjatanya awal bulan ini. Dia dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika mengamuk.
©Eriyza : Tertanya-tanya dimanakah gerangan Inspektor M.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.