Jul 9, 2012

Belasungkawa Azah Aziz


Tokoh budayawan, Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz meninggal dunia akibat sakit tua dan angin ahmar kira-kira pukul 10 pagi tadi. Beliau merupakan teman hidup kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan juga ibu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Allahyarhamah lahir pada tanggal 21 Ogos 1928 di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Convent, Johor Bahru. Beliau yang lebih mesra dipanggil Mak Ungku menikah dengan Ungku Aziz pada 5 Mei 1946 dan dikurniakan seorang anak tunggal iaitu Zeti Akhtar Aziz.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar. Turut hadir di majlis pengkebumian ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta anggota keluarga dan kenalan rapat.

Takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah buat allayarhamah Azah Aziz. Semoga rohnya dihimpunkan bersama orang-orang yang beriman.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.