Seorang lelaki yang tidak berbaju dan seorang wanita yang berhijab telah mengamuk bersenjatakan pedang samurai di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan yang menghalang mereka memasuki kawasan berkenaan. Insiden mencemaskan itu berlaku pada hari Isnin (9/7/2012), kira-kira pukul 2.30 petang.
Suspek menuju ke pos pengawal sebelum dilarang oleh polis bantuan. Namun, lelaki berkenaan telah meletakkan pedang samurai di leher polis bantuan itu sehingga memaksanya membenarkan kedua-dua suspek memasuki Kompleks B. Suspek bertindak ganas apabila menetak dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak mengesahkan bahawa lelaki berusia 47 tahun itu ialah Khalil Afandi, pengikut ajaran sesat yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi. Suspek adalah penganggur yang mengendalikan blog Jaya Negara. Suspek wanita pula dikenalpasti sebagai Muhdalina Ahmad, 28, dan tidak bekerja. Mereka dikatakan baru berkenalan seminggu lalu.
Ekoran keengganan suspek menyerah diri seperti kehendak polis malah terus bertindak agresif dengan menyerang polis, maka pihak polis telah melepaskan tiga das tembakan. Dua das tembakan mengenai bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan suspek lelaki manakala satu das lagi mencederakan paha kanan suspek wanita. Setengah jam kemudian, suspek lelaki disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya manakala rakannya berada dalam keadaan stabil di hospital yang sama.
Beberapa saksi kejadian memaklumkan, Khalil Afandi asyik menjerit mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali. Episod serangan di Putrajaya yang menggemparkan negara ini berakhir dengan tragis apabila suspek utamanya mati.
©Eriyza : Sekadar melewati blog suspek tanpa membaca secara khusus kerana cara pemikirannya tidak sesuai untuk diikuti.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.