Restoran Arab di Kuala Lumpur kini bukan sahaja menghidangkan masakan Arab malah tarian gelek turut disediakan untuk 'dijamu' kepada para pelanggan mereka. Rentetan permintaan yang semakin meningkat, maka muncullah penari gelek berbangsa Melayu.
Salah seorang daripadanya hanya mahu dikenali sebagai Putri. Dia mendakwa mampu hidup mewah hasil pendapatannya sebagai penari gelek. Malah pendapatannya boleh mencecah RM8,000 sebulan.
Kebanjiran pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan menyumbang kepada permintaan tinggi terhadap penari gelek. Misalnya Putri sungguh seronok dengan kerjanya menghiburkan pelanggan. Dia juga tidak kisah jika tubuh montoknya 'diratah mata lelaki' ketika dia asyik bergelek.
Pihak berkuasa perlu memantau aktiviti sebegini agar ianya tidak menjadi satu lagi cabang penyakit sosial di kalangan masyarakat.
©Eriyza : Bukan peminat tarian gelek.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.