Jul 14, 2012

Nenek Ann Colagiovanni Terima Diploma Sekolah Tinggi


Seorang wanita tua yang sudah menghampiri usia 1 abad baru mendapat diploma sekolah tinggi. Setelah 8 dekad meninggalkan zaman persekolahannya ketika berusia 17 tahun, Ann Colagiovanni @ Anna Lupica, 97, akhirnya berjaya menggenggam segulung diploma. Ann, terpaksa berhenti sekolah pada tahun 1930an iaitu ketika zaman kemelesetan ekoran membantu ayahnya berniaga di kedai keluarga. Dia membantu keluarganya sehinggalah perniagaan mereka ditutup pada tahun 1960an.


Warga tua ini berkahwin dan memiliki 2 orang anak perempuan serta 11 orang cucu. Menurut anaknya, Emilia Colagiovanni Vinci, ibunya menangis teresak-esak ketika dimaklumkan akan diberi diploma seolah-olah ia adalah penawar yang ditemui bagi sesuatu penyakit. Apa yang pasti, ibunya benar-benar mahukan diploma tersebut.


Rabu lalu (11/7/2012), dengan memakai topi dan jubah putih, Ann telah dianugerahkan diploma sekolah tinggi oleh Penguasa Daerah Sekolah Tinggi Shaker Heights, Mark Freeman. Impian Ann bukan sahaja menjadi kenyataan, malah pada diplomanya juga tertera tarikh Jun 1934, sesuai dengan jangkaan usianya ketika itu.

Sambil menyifatkan ayahnya pasti gembira jika mengetahui dia akhirnya bergelar graduan, kegembiraan jelas terlukis di wajah tuanya. Sehari kemudian, cucunya, Thomas Vinci, turut menerima diploma dari sekolah yang sama. Dua jurang generasi yang berbeza telah berkongsi kegembiraan yang sama dengan ahli keluarga mereka yang lain.

©Eriyza : Nenek dan cucu bergraduasi bersama-sama, tentu memori yang cukup indah untuk dikenang sepanjang hayat.

Via : DailyMail

2 Comment

Kazen Sat Jul 14, 05:48:00 PM

tak nampak janggal pum nenek tu pakai jubah putih gitu...seoalah2 sepadan dgn usianya :)

Eriyza Sat Jul 14, 07:23:00 PM

@Kazen:
Semangatnya perlu dicontohi. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.