Dek kerana kesalahan yang kecil, seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menanggung sakit kerana gegendang telinga kanannya pecah akibat ditampar oleh pelajar tingkatan lima. Ekoran kejadian itu, Mohamad Hazim dan bapanya, Mohamad Zaid membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Pakar telinga Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mengesahkan Hazim mengalami kecederaan pada gegendang telinga sebelah kanan dan satu pembedahan kecil perlu dilakukan bagi memastikan sistem pendengaran pelajar itu tidak terjejas.
Mohamad Hazim berkata, dia bersama beberapa pelajar lain yang tinggal di asrama menjadi mangsa buli kepada sekumpulan pelajar itu sejak awal tahun ini.
Menurutnya, terbaru, pada Khamis lalu dia bersama kira-kira 80 pelajar lain dikejutkan kumpulan pelajar itu kira-kira jam 2.15 pagi untuk berbaris. “Selepas berbaris mereka mengarahkan kami ketuk ketampi 250 kali dan mereka mengarahkan agar sesiapa yang ada melakukan kesalahan sepanjang minggu itu tampil ke hadapan.
“Saya yang rasakan ada melakukan kesalahan iaitu tidak menegangkan cadar bergerak ke hadapan, lalu kami dijentik di dahi dua kali,” katanya.
Kemudian, seorang daripada kumpulan pelajar itu menampar sebelah kanan kepalanya hingga dia rasa pening. Mohamad Hazim berkata, dia juga pernah diarah melakukan beberapa perkara lain, termasuk membasuh pakaian kumpulan pelajar terbabit.
Petikan Sinar Harian
Pihak sekolah perlu mengambil tindakan tegas ke atas para pelajar yang membuli rakan mereka. Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
©Eriyza : Tidak pernah buli pelajar junior.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.