Jul 23, 2012

Guna Sut Beroda Turuni Bukit Di China


Lelaki dari Perancis yang diberi jolokan 'Rollerman' telah membuktikan keupayaannya apabila berjaya menuruni sebuah bukit curam Gunung Tianmen, Zhangjiajie, di wilayah selatan Hunan, China pada hari Ahad (22/7/2012) lalu. Jean-Yves Blondeau, 42, menggunakan sut khas yang mempunyai 31 roda terutamanya pada bahagian perut, belakang dan sendi-sendi utama untuk membolehkannya meluncur dengan pantas.
.

Sut khas tersebut membantunya menuruni 99 selekoh dengan kelajuan 70mph. Dia mengambil masa selama 19 minit 34 saat untuk menuruni bukit tersebut yang mempunyai jarak sejauh 10.77 kilometer.


Pada asalnya, Blondeau mereka cipta sut sedemikian untuk projek menamatkan pengajian dalam bidang reka bentuk perindustrian di Sekolah École nationale Superieure des seni appliqués et des métiers d'seni (juga dikenali sebagai Olivier de Serres) di Paris.


Meski pun mengetahui bahaya yang bakal berlaku tetapi Blondeau tetap meneruskan aktiviti kegemarannya itu. Menurutnya lagi, dia 'memandu' sut khas berkenaan dengan imbangan badan sepenuhnya.


Sejak itu, dia terus menghasilkan kostum untuk superhero. Sekurang-kurangnya 20 jenis kostum superhero telah berjaya dihasilkannya.

©Eriyza : Tidak akan mencuba kostum superhero 'Rollerman' walaupun diberi percuma.

Via : DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.