Jika kanak-kanak sebaya yang lain sedang sibuk mengalas beg ke sekolah tetapi lain pula ceritanya bagi 3 orang adik-beradik yang harus membawa bakul jualan untuk menyara kehidupan. Itulah pengorbanan yang dilakukan oleh 3 beradik, Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, yang terpaksa menjaja makanan setiap hari. Malah, kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah kerana malu diejek akibat gagal melunaskan yuran sekolah.
Menurut ibu mereka, Noraini, 35, anak-anaknya terpaksa dikerah menjual makanan yang dibuatnya seperti nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng ekoran perlu mencari wang saku untuk perbelanjaan harian. Oleh itu, anak-anaknya kerap ponteng sekolah.
“Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.
“Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.
Petikan Harian Metro
Tambah Noraini lagi, kehidupan mereka semakin susah setelah ‘digantung tak bertali’ oleh suaminya sejak 5 tahun lalu.
©Eriyza : Kagum dengan anak-anak kecil yang sanggup membantu ibu bapa tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.