Jul 14, 2012

Keputusan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2012


Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sekali lagi bergema dengan alunan indah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca secara bertajwid dan bertaranum. Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 telah diadakan selama 8 malam bermula dari 6 hingga 13 Julai. Peserta Malaysia, Muhammad Anuar Ghazali, 36, telah dijulang sebagai johan Qari manakala Hasnae Khoulali, 19, dari Maghribi pula muncul sebagai juara kategori Qariah.

Juara Qari dan Qariah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 serta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.


Berikut adalah senarai penuh keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 :-

KATEGORI QARI

TEMPAT PERTAMA
MUHAMMAD ANUAR GHAZALI (MALAYSIA) - MARKAH 95.33%

TEMPAT KEDUA
AMIN POUYA (IRAN) - MARKAH 91.67%

TEMPAT KETIGA
RADEN HARMOKO BAHARUDIN (SABAH) - MARKAH 90.16%

KATEGORI QARIAH

TEMPAT PERTAMA
HASNAE KHOULALI (MAGHRIBI) - MARKAH 94.00%

TEMPAT KEDUA
RAHMAWATI BAKRI HUNAWA (INDONESIA) - MARKAH 94.00%

TEMPAT KETIGA
CHE AMINAH CHE AWANG (MALAYSIA) - MARKAH 94.00%


Bagi kategori Qariah, ketiga-tiga pemenang berentap hebat tetapi Hasnae dipilih sebagai johan dengan kelebihan bacaan, tajwid, kefasihan serta suara setelah keseluruhan markah dikira.

Tema Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ini ialah Al-Quran Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah. Sekalung tahniah buat Muhamad Anuar dan Che Aminah kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

©Eriyza : Semakin ramai qari dan qariah yang menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam bacaan masing-masing.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.