Jul 2, 2012

Kereta Mewah Menjadi Tilam Murah


Dek penangan hadiah lumayan peraduan gores dan menang, seorang wanita kehilangan barang kemas dan wang berjumlah RM9,000. Kejadian itu berlaku apabila Azharyati Adnan, 28, terpengaruh dengan hadiah kereta mewah yang ditawarkan jika berjaya mendapat kad bertuah. Dia bertambah teruja apabila 'tuah' menyebelahinya kerana berjaya menggores kad yang tertera kereta mewah sebagai hadiah.


“Saya memang terpikat dengan cara percakapan jurujual tersebut yang membuatkan saya percaya akan kata-katanya.

Dia meminta saya menggores sekeping kad dan sejurus selepas itu, dia mengatakan saya adalah pelanggan bertuah.

“Ketika itu, dia turut menyenaraikan beberapa hadiah mewah yang boleh saya menangi seperti kereta mewah dan dari situ saya mula terpengaruh.

“Seterusnya, dia juga meminta saya membayar wang pendahuluan untuk membawa kereta mewah itu pulang sebanyak RM9,000 tetapi saya tidak mempunyai wang yang
cukup untuk membayarnya,” katanya yang terpedaya ketika membeli belah di sebuah pasar raya, di sini.

Azharyati berkata, jurujual tersebut menyarankan agar dia membuat pinjaman segera dari sebuah bank dan meminta dia menggadaikan barang kemas yang ada untuk membayar pendahuluan bagi kereta tersebut.

“Ketika itu, saya sendiri seolah-olah mengikut apa sahaja arahan jurujual sekali gus memenuhi permintaannya. Namun sejurus selepas sampai di pejabatnya dekat Jalan Haji
Ahmad, mereka mengatakan saya hanya berjaya memenangi sebuah Tilam Jade.

“Selepas itu saya pulang ke rumah dan mula melayari Internet bagi mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut dan alangkah terkejutnya saya kerana tilam yang dikatakan bernilai RM28 ribu tersebut sebenarnya hanya RM500 sahaja.

Petikan Sinar Harian


Rentetan daripada penipuan tersebut, mangsa membuat laporan polis dan tribunal pengguna. Penulis sendiri pernah 'menang' sebuah kereta Myvi setelah menggores sekeping kad, malah turut dibawa ke pejabatnya di Jalan Ahmad. Tetapi, penulis tidak membayar satu sen pun apabila dapat 'menghidu' penipuan yang bakal berlaku.

©Eriyza : Sindiket gores dan menang sudah lama mencari mangsa di lot parking pusat membeli-belah terutamanya di Kuantan Parade.

Via : Sinar Harian

4 Comment

cik bunga Mon Jul 08, 05:11:00 PM

kadang2 kita x sempat berfikir pun, sbb tu lah taktik jualan dorang. x bg masa kita berfikir...

theflowerzone.blogspot.com

Marky Jaha Thu Jul 18, 03:40:00 PM

bila dunia nampak cantek....sendri mau ingat

Eriyza Fri Jul 19, 05:40:00 PM

@cik bunga:
Aha, mereka pandai
guna ayat power.

Eriyza Fri Jul 19, 05:41:00 PM

@Marky Jaha:
Kena beringat sokmo.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.