Jul 3, 2012

Sepanyol Juara Euro 2012


Sepanyol menang Euro 2012 dengan bergaya selepas menumpaskan pasukan Itali dengan jaringan 4 gol berbalas 0 di Stadium Olimpik Kiev. Kemenangan ini sekaligus menobatkan Sepanyol sebagai pasukan pertama memenangi 2 edisi Euro berturut-turut dan juga pasukan pertama yang menang tiga kejohanan antarabangsa berturut-turut.




Berikut antara senarai pemain yang menyumbat gol untuk pasukan yang terkenal dengan jolokan La Roja ketika menewaskan Itali yang digelar Azzurri.



David Silva - minit 14
Jordi Alba - minit 41
Fernando Torres - minit 84
Juan Mata - minit 88

Jentera Sepanyol terdiri daripada :-
Casillas (captain), Arbeloa, Pique, Sergio Ramos, Jordi Alba, Xavi, Busquets, Alonso, Silva, Fabregas, Iniesta

Jentera Itali terdiri daripada :-
Buffon (captain), Abate, Barzagli, Bonucci, Chiellini, Pirlo, Marchisio, Montolivo, De Rossi, Balotelli, Cassano


Kejayaan berganda buat Sepanyol apabila Fernando Torres dijulang sebagai penerima kasut emas Euro 2012.


©Eriyza : Sedih sebab Azzurri kalah tetapi suka tengok Iker Casillas menang walaupun bukanlah peminat bola sepak.

Via : Sportinglife

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.