Jul 3, 2012

Kereta Tak Jalan Tapi Disaman


Kereta tersadai depan rumah tetapi pemiliknya mendapat surat saman atas kesalahan parkir di tempat larangan. Lebih teruk lagi, kereta itu ada di Kelantan, namun saman dikeluarkan di Pulau Pinang. Perkara itu cukup membingungkan Encik Mohmed Mat Ali, 53, yang menerima sepucuk surat saman bertarikh 4 Jun 2012 untuk Proton Iswara miliknya yang tidak digunakan di atas jalan raya sejak September 2011.

Mangsa mendakwa saman yang dikeluarkan adalah berkaitan kesalahan meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan pada jam 8.21 malam di Gat Lebuh Macalum Georgetown, Pulau Pinang. Walhal ketika itu Mohmed bekerja dan tidak pula memandu kereta itu di Pulau Pinang.

Pihak berwajib perlu memandang serius hal ini agar 'saman tapi tak jalan' tidak lagi berulang kepada individu lain pula.

©Eriyza : Tidak suka disaman mahu pun menyaman pihak lain.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.