Jul 17, 2012

Ketua Eksekutif Hong Kong Dibaling Topeng


Seorang anggota perwakilan Liga Demokrat Sosial, Leung Kwok-hung mencetuskan kekecohan selepas beliau membaling topeng ke arah Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying semalam. Namun, topeng tersebut gagal menemui sasarannya. Beliau dihalau keluar dari dewan Majlis Perundangan sejurus kejadian itu berlaku.

Menurut akhbar The Standard, Kwok-hung bertindak sedemikian ekoran tidak berpuas hati dengan penjelasan Chun-ying tentang kes pembinaan struktur haram di kediaman Ketua Pegawai Eksekutif tersebut.

Tidak lama dahulu, pembinaan bangunan haram di kediaman mewah Chun-ying itu tersebar meluas di dada akhbar dan beliau telah meminta maaf berhubung isu tersebut. Struktur haram itu kemudian telah dirobohkan.

Menjawab soalan Kwok-hung, Chun-ying hanya memberi alasan bahawa beliau cuai tentang status pembinaan kediaman tersebut. Chun-ying dipilih dalam pemilihan Ketua Pegawai Eksekutif pada Mac lalu bagi mengetuai pentadbiran Hong Kong.

©Eriyza : Sangat memalukan apabila 'orang besar' bergaduh dalam dewan.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.