Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-15 yang bermula dari 7 Julai 2012 sehingga 16 Julai telah berakhir sebentar tadi di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Menepati ramalan, Terengganu dengan slogan 'Terengganu Hanelang' telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan SUKMA XV. Untuk pengetahuan kalian, negeri kelahiran penulis ini pernah muncul sebagai juara SUKMA 2008 di Terengganu, SUKMA 2010 di Melaka dan SUKMA 2011 di Kuala Lumpur.
Info ringkas SUKMA XV Pahang 2012 :-
OLAHRAGAWAN
ABDUL MUBIN RAHIM - SUKAN ANGKAT BERAT (TERENGGANU)
OLAHRAGAWATI
FRENCEAY TITUS - SUKAN ANGKAT BERAT (SABAH)
KONTINJEN TERBAIK
TERENGGANU
Syabas dan tahniah buat kontinjen Terengganu yang mengulangi kejayaan selaku johan SUKMA untuk kali keempat dengan mengumpul 62 pingat emas. Semoga kalian terus sukses dalam bidang sukan.
Penutup SUKMA XV agak hambar dari segi pemilihan lagu mahu pun tarian yang dipersembahkan. Temasya sebesar ini seharusnya dijayakan dengan lebih baik, bukan sekadar menghidangkan penyanyi yang melakukan gerak bibir yang tidak sama dengan lirik yang keluar.
©Eriyza : Tumpang gembira dengan kejayaan kontinjen Terengganu.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.