Jul 26, 2012

Kubah Jatuh Ke Tanah


Sebuah kubah Masjid Mukim Padang Pauh jatuh ke tanah selepas dipukul ribut petir yang berlaku pada pukul 8.20 malam pada 23 Julai lalu. Mujurlah ketika kejadian berlaku, tiada jemaah masjid yang berada di situ ekoran mereka semua pulang ke rumah masing-masing sebaik usai berbuka puasa memandangkan hujan akan turun.

Saksi mendakwa, kubah itu berputar beberapa kali sebelum jatuh ke perkarangan masjid. Dentuman kuat itu menyebabkan ramai penduduk yang sedang bersiap sedia untuk solat Isyak terkejut.

Imam tua, Mohd Zain Omar memaklumkan bahawa kubah masjid yang dibina pada tahun 1977 sudah terlalu usang dan berkarat ekoran tidak pernah dibaik pulih.

Sementara itu, Imam muda, Ibrahim Daud merayu pihak yang prihatin untuk memberi sumbangan agar pihak masjid dapat membuat kubah baru dan membaiki bumbung yang bocor. Dana yang mereka perlukan berjumlah RM50,000. Masjid ini digunakan oleh 6000 penduduk yang terdiri daripada 8 kampung.

Buat individu atau syarikat tertentu yang ingin memberikan sumbangan, anda bolehlah mengirimkan duit melalui akaun Bank Islam Masjid Mukim Padang Pauh yang bernombor 03027010046146.

©Eriyza : Bulan Ramadhan bulan yang baik untuk bersedekah. Hulurkan bantuan ikhlas walaupun sedikit kerana ianya membawa manfaat besar kepada pihak yang memerlukan.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.