Sepasang peniaga jualan nasi putih dan aneka lauk langsung tidak rasa bersalah apabila menjual makanan kepada semua orang yang singgah di gerainya tanpa mengira Islam atau bukan Islam. Aktiviti jualan terbuka itu rancak dilakukan di tepi persimpangan sebuah kawasan industri Bukit Beruntung pada jam 12.30 tengah hari.
Peniaga terbabit mendakwa bahawa jualan nasinya khusus untuk orang bukan Islam yang bekerja di kawasan tersebut. Namun, terdapat sebilangan pelanggan beragama Islam yang tidak tahu malu turut membeli makanan tengah hari.
“Kami hanya jual kepada pelanggan tetap yang bukan beragama Islam.
“Menu yang disediakan juga khusus untuk warga Myanmar seperti kari dan sedikit saja lauk pauk Melayu,” katanya yang sudah lebih dua tahun berniaga di kawasan itu.
Menurutnya, mereka perlu terus menyediakan makanan untuk pelanggan tetap kerana bayaran bulanan sudah dijelaskan.
Bagaimanapun, tinjauan jelas mendapati segelintir pembeli adalah daripada orang Islam.
Peniaga terbabit turut dilihat menasihati pelanggannya supaya tidak membeli makanan ketika wartawan Sinar Harian berada digerainya kerana bimbang gambar yang dirakam akan menjejaskan perniagaannya.
Seorang pemandu lori berasal daripada Kedah yang enggan dikenali berkata, makanan yang dibungkus adalah untuknya dan ketika dia mengambil makanan, peniaga pasangan suami isteri itu langsung tidak menegur atau menghalangnya.
“Saya bungkus untuk saya makanlah, siapa lagi. . .
"Tapi, saya makan dalam lori bukanlah di tempat terbuka, malulah,” katanya yang mengakui tidak menghidap sebarang penyakit menguzurkan.
Petikan Sinar Harian
Pihak berwajib patut memandang serius kegiatan jualan makanan yang dilakukan secara berleluasa untuk semua orang di bulan Ramadhan. Orang Islam yang enggan berpuasa akan mengambil kesempatan untuk membeli hidangan tengah hari daripada peniaga sebegini.
Barangsiapa berbuka puasa sehari tanpa alasan yg dibenarkan, maka tidak akan dapat ditebus (dosanya) dgn berpuasa seumur hidup.
Hadis Riwayat Bukhari
©Eriyza : Kanak-kanak di Tadika pun puasa, orang dewasa yang malas puasa patut diarak keliling bandar dengan lori ayam.
2 Comment
Iyelah... anak den yang umo 4 tahun tu pun bleh pose (walaupun 1/2 hari) inikan pulak yg dah beso panjang. Tau lak tu malu tapi malu tapi tak pulak malu sebab langgar perintah Allah dengan selambenya...
My latest Entry :)
JJCM: Day 5 Ramadhan 1433
@FARAH deeb:
Tahniah kepada Puan kerana
berjaya mendidik anak dgn baik. :)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.