Jul 30, 2012

Syaleza Maut Akibat Dijerut


Seorang Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui mati oleh suaminya, Norazman Bashah di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu pada kira-kira 7 malam pada hari Sabtu, 28 Julai 2012. Syaleza dikatakan mengurungkan diri di dalam bilik selepas bertengkar dengan suaminya. Ketika mahu mengajaknya berbuka puasa, suami mangsa mendakwa terdengar dentuman kuat sebelum menemui isterinya di dalam keadaan tergantung di atas kipas siling.


Ketika polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke Apartmen Saujana, Damansara Damai pada pukul 10.30 malam, mangsa sudah tidak bernyawa. Pada awalnya polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut namun bedah siasat menunjukkan ada kesan jerutan di leher mangsa.


Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Petikan Sinar Harian


Arwah Syaleza meninggalkan seorang anak lelaki berusia 2 tahun. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Takziah kepada keluarga allahyarhamah. Al-Fatihah!

©Eriyza : Berharap misteri kematian Syaleza dapat diselesaikan dengan cepat.

Via : Kosmo! | Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.