Wanita warga emas yang berusia 65 tahun, Rohani Safie nekad meredah api yang sedang marak demi menyelamatkan ibunya yang berada di dalam rumah. Ketika kebakaran berlaku, dia yang berada di bahagian dapur terus mendapatkan ibunya, Ainon Abdullah, 87, yang berada di tingkat atas rumah mereka di Kampung Batak Rabit, Batu 3, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, Perak untuk dibawa ke tempat selamat.
Dengan kudrat yang ada, dia mendukung ibunya keluar dari api yang berbahang walaupun menanggung kesakitan kerana kakinya melecur akibat terpijak getah plastik yang terbakar ketika mencari ibunya.
Katanya, sebelum kejadian, dia ada menyalakan dapur untuk masak minyak kelapa sebelum ke ruang tamu untuk berehat seketika.
“Kira-kira jam empat petang saya baru teringat minyak yang dimasak dan sebaik ke dapur saya melihat api sudah menjulang tinggi dan marak.
“Terkejut dengan keadaan itu, saya terus tinggalkan dapur dan berlari naik ke atas tingkat atas selamatkan ibu. Waktu itu api sudah marak dan hampir menyambar bilik.
“Walaupun sedih rumah pusaka kami hangus terbakar begitu sahaja di samping tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda termasuk dokumen-dokumen penting, bersyukur kerana kami berdua terselamat,” katanya.
Petikan Sinar Harian
Dalam keadaan cemas, makcik Rohani masih mampu menyelamatkan ibunya. Mudah-mudahan Allah memberi banyak kebaikan kepadanya yang mempertaruhkan nyawa untuk ibu.
©Eriyza : Tetap sayang ummi sampai bila-bila walaupun dia tiada lagi di dunia ini.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.