Yap Kim Fat, 55, mungkin tidak akan membunyikan hon lagi selepas ini setelah mukanya ditumbuk oleh seorang lelaki yang berang. Yap mendakwa dia membunyikan hon di sebuah stesen minyak di Jalan Kuching kerana kenderaan lelaki terbabit menghalang laluannya. Tidak semena-mena lelaki tersebut mengarahkannya menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu lalu menumbuknya berulangkali.
Tumbukan itu menyebabkan mangsa ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur berikutan mengalami pendarahan yang agak serius pada bahagian hidungnya. Sejurus menyaksikan muka Yap berlumuran darah, suspek yang panik terus melarikan diri.
©Eriyza : Hanya membunyikan hon ketika memanggil adik supaya keluar.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.