Jul 27, 2012

Ryan Ziqry Bin Rozaidi


Dramatis yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, telah mendapat seorang anak lelaki yang dilahirkan oleh isterinya, Natalia Mustafa Kamal, 29, di Pusat Perubatan Tropicana pada jam 9.30 pagi tadi. Bayi lelaki seberat 4.32 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan telah dinamakan Ryan Ziqry.

Zed berkata, isterinya dibawa ke pusat perubatan berkenaan pada pukul 5 pagi tetapi hanya dibawa ke bilik pembedahan pada jam 9 pagi.


Menurut Zed, dia turut dibenarkan menemani isterinya di dalam bilik pembedahan dan menyaksikan sendiri anak pertamanya itu dilahirkan.
Wajah anak Zed Zaidi iaitu Ryan Ziqry.

"Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Bagaimanapun saya bersyukur keadaan kedua-dua insan yang sangat saya sayangi selamat," katanya.

Sementara itu, Zed menganggap kelahiran Ryan Ziqry pada bulan Ramadan adalah satu keberkatan buat dirinya serta keluarga dan berharap bayi berkenaan akan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu dan bapanya.

"Alhamdulillah, Ryan dilahirkan dalam bulan Ramadan yang mulia dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan tarikh dia dilahirkan iaitu 27 Julai sama dengan tarikh lahir saya, cuma saya 27 Jun.

Petikan mStar


Tahniah kepada Zed Zaidi ♥ Natalia. Semoga kehadiran anak sulung mereka dapat menambah kasih sayang antara kedua-duanya.

©Eriyza : Suka nama Ryan Ziqry.

Via : mStar

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.