Jul 5, 2012

Uncle Seekers Ditahan Polis


Pengelola blog dan pengkaji hantu aktiviti paranormal yang terkenal dengan panggilan Uncle Seekers ditahan reman selama 4 hari bermula hari ini atas dakwaan memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Turut ditahan bersama Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46, ialah seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru. Kedua-duanya ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan pada jam 9.45 malam tadi. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Syed Abdullah dan Siti Nadhirah yang berpakaian lokap berwarna ungu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Johor Bahru dengan trak polis pada jam 3 petang tadi. Blog Syed Abdullah penuh dengan topik yang mengandungi provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

©Eriyza : Dosa sendiri pun berlambak, tak ada masa nak selongkar aib orang lain.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.