Jul 5, 2012

Harga Petrol RON97 Turun 20 Sen


Kerajaan mengumumkan harga jualan runcit bagi petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 berbanding RM2.80 sebelum ini. Pengguna boleh mendapatkan petrol RON97 dengan harga baru mulai Khamis, 5 Julai 2012.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 kerana purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya. Pada 6 Jun lalu, harga jualan runcit petrol RON97 telah dikurangkan sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80.

©Eriyza : Baru lepas isi petrol RON95.

Via : Bernama

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.