Jul 27, 2012

Wanita Hamil Dipaksa Telan Pil


Seorang bapa tergamak menuang minuman berkarbonat ke dalam mulut anaknya yang sedang hamil. Kemudian, lelaki itu turut memaksa anaknya menelan pil tahan sakit untuk menggugurkan kandungannya. Tragedi itu berlaku pada jam 12.30 tengah malam Khamis di kediaman mereka di Pantai Dalam.

Bapa berusia 50-an itu pulang ke rumah dalam keadaan marah lalu memaki-hamun dan membelasah anak serta menantunya. Pasangan itu baru beberapa bulan berkahwin tetapi si bapa tidak menyukai suami anaknya itu.


“Suspek menyuruh anaknya berpisah dengan suaminya. Apabila anaknya yang berusia 20 tahun memberitahu dia sudah mengandung, suspek bertambah berang dan memaksanya menggugurkan kandungan.

“Tidak cukup dengan itu, bapa mangsa turut membawa pil tahan sakit dan menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut mangsa supaya kandungan mangsa gugur, namun mangsa berjaya menghalang perbuatan ayahnya,” katanya.

Sumber Harian Metro


Mujurlah anak di dalam kandungan gadis berkenaan tidak gugur. Kalau tidak, tentu lagi kecoh jadinya.

©Eriyza : Mahu suami yang boleh melayan karenah bapa mentua.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.