Lynette Rowe, 50, dari Melbourne lahir tanpa tangan dan kaki. Kecacatannya itu dipercayai berpunca daripada sejenis ubat iaitu thalidomide yang diambil oleh ibu wanita tersebut ketika hamil. Justeru, Rowe membuat tuntutan ganti rugi untuk 'bayaran bagi kecacatannya'.
Rowe bernasib baik apabila kemenangan berpihak kepadanya setelah Mahkamah Tinggi mengarahkan pengedar ubat dari Britain itu membayar ganti rugi berjumlah jutaan dollar.
Ketika era 1950-an dan 1960-an, wanita hamil dibekalkan Thalidomide untuk mengurangkan sakit pada waktu pagi. Akan tetapi, ubat itu ditarik balik daripada pasaran pada tahun 1961 apabila dikesan mendatangkan kecacatan pada bayi.
Rowe mengemukakan tuntutan undang-undang terhadap tiga pihak iaitu pembuat ubat dari Jerman, Grunenthal, syarikat Distillers Ltd., dari Britain yang menjual ubat tersebut di Australia dan Diageo Scotland Ltd. Peguam Rowe, Peter Gordon mengesahkan anak guamnya akan mendapat sejumlah wang yang dirahsiakan setelah mencapai penyelesaian dengan Diageo dan Distillers. Walaubagaimanapun, Syarikat Grunenthal tidak mahu menyelesaikan kes itu dengan cara yang sama.
©Eriyza : Lynette Rowe bertuah kerana ibu bapanya tidak meninggalkannya walaupun tidak sempurna anggota badan.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.