Aug 26, 2012

Audi Khairul Fahmi Berlanggar Dengan Myvi


Penjaga gol sensasi Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek terlibat dalam nahas jalanraya ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok. Buat peminat Apek, jangan risau kerana atlit selebriti kesayangan anda hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan.

Apek mendakwa kejadian pada pukul 11 malam itu berlaku sewaktu dia dalam perjalanan pulang ke rumah dengan memandu kereta Audi milik bapanya selepas beraya di rumah saudaranya di Bachok.


“Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan serius kepada diri saya,” ujarnya.

Petikan Kosmo!


Mujurlah Khairul Fahmi tidak mengalami kecederaan teruk. Dapatlah dia beraksi di padang untuk mengawal gawang pasukannya.

©Eriyza : Selalu berangan mahu memandu kenderaan berjenama Audi.

Via : Kosmo!


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.