Seorang kakitangan Institut Jantung Negara (IJN) terperanjat apabila roti canai kosong yang dibelinya di sebuah restoran di Kuala Terengganu berharga RM1.80 sekeping. Khairul Azhar Ismail mendakwa harga tersebut terlalu mahal berbanding kadar RM1.00 sekeping yang dijual di tempat lain.
Pada mulanya mangsa menyangka peniaga restoran itu tersilap kira tetapi harga tersebut jelas terpampang di papan tanda menu restoran terbabit.
“Saya tidak sempat bertanya sebab ramai pelanggan lain ingin membayar, tetapi saya keliru kerana harga pada papan tanda itu ditulis itu menggunakan pen yang boleh dipadam dan ditulis semula.
“Saya cuba ambil gambar papan tanda harga menggunakan telefon bimbit tetapi tidak begitu jelas dan kabur untuk dijadikan bahan bukti,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia tidak berpuas hati kerana harga tepung gandum di pasaran lebih rendah berbanding sekeping roti canai yang dijual peniaga berkenaan.
“Perbuatan peniaga yang ambil kesempatan meletakkan harga sesuka hati sempena musim perayaan begini adalah tidak adil dan menganiaya pengguna, tambahan pula kualiti roti canai yang dijual tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.
“Kalau dikira, berapa banyak dia (peniaga) boleh kaut untung. Saya harap mana-mana pengguna lain yang berdepan kes peniaga jual dengan harga tidak munasabah ini segera memaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya.
Petikan Sinar Harian
Penulis berharap para peniaga di luar sana tidak mengecaj terlalu mahal ekoran musim perayaan kerana ianya umpama menganiayai pembeli.
©Eriyza : Lebih suka roti telur.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.