Atlit angkat berat dari Mesir, Khalil Mahmoud Abir Abdelrahman jatuh terlentang dengan dihempap bebanan besi bar seberat 151kg setelah gagal di dalam cubaannya untuk mengangkat berat tersebut pada hari Jumaat, 3 Ogos 2012 lalu.
Atlit yang bertanding dalam kategori 75kg itu tidak berdaya menahan beban bar ketika cuba menyeimbangkan dirinya lalu jatuh dengan posisi badan terlentang. Bar tersebut dipercayai mengenai lehernya. Kemungkinan dia mengalami sedikit kecederaan.
Dia difahamkan dibawa keluar dari gelanggang ExCel London oleh para petugas perubatan dengan kerusi roda. Atlit berusia 20 tahun itu segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
©Eriyza : Tidak suka acara angkat berat.
2 Comment
Assalam, pergh berat gila tu... nasib baik tak kena kepala... kalau aku angkat beban tu kompom patah tangan dah... hehehe... (^____^)
@Ikmal:
Wsalam. Aha, mujur tak patah tangannya akibat beban yg berat.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.