Aug 25, 2012

Budak Cedera Angkara Mercun Bola


Ramadhan sudah pun berlalu, namun masih ada lagi yang menjadi mangsa mercun. 4 Syawal lalu, Wan Muhammad Anas Amar Moh Rosyam, 10, putus ibu jari, jari telunjuk, patah pergelangan tangan kiri selain cedera pada tapak tangan kanan serta kedua-dua mata dan muka ekoran bermain mercun bola.

Kejadian pada pukul 5 petang hari Rabu menyebabkan mangsa yang merupakan murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil, Kedah terjejas penglihatan.


Bapanya, Moh Rosyam Hanafiah, 39, berkata akibat kejadian itu juga penglihatannya anaknya kini kurang jelas.

"Saya selalu nasihatkan Anas jangan bermain mercun dan dia sememangnya tidak pernah bermain mercun. Tak sangka pula kejadian ini boleh berlaku ke atasnya," kata Moh Rosyam ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Abdul Halim Shah, di sini hari ini.

Katanya beliau difahamkan anaknya terjumpa mercun tersebut ketika bermain seorang diri.

"Saya berada di rumah jiran ketika kejadian dan dimaklumkan oleh rakan Anas menyebabkan saya meluru dan mendapati dia terbaring dengan tangan berlumuran darah," katanya.

Petikan Sinar Harian


©Eriyza : Mengapa mercun bola terus dimainkan walaupun merbahaya??

Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.