Aug 25, 2012

Tiga Terbunuh Akibat Jambatan Runtuh


Sekurang-kurangnya 3 orang terbunuh manakala 5 yang lain cedera parah apabila sebuah jambatan 8 lorong di Harbin, ibu kota wilayah Heilongjiang, China pada pagi 24 Ogos 2012. Jambatan Yangmingtan itu runtuh pada pukul 5.30 pagi apabila 4 trak berat melaluinya. Sejak Julai tahun lepas, 6 buah jambatan di China sudah runtuh. Pembinaan yang kurang bermutu dan lebihan muatan menjadi penyebab keruntuhan jambatan.



Three die in Chinese bridge collapse by itnnews

Jambatan yang menjadi laluan lebuh raya ke lapangan terbang di Harbin telah dibuka pada November 2011 membabitkan kos 1.9 bilion yuan (RM929 juta). Ia sepanjang 15.42 km, merangkumi Sungai Songhua di Harbin, lapan lorong jambatan itu telah menjadikan Jambatan Yangmingtan sebagai yang terpanjang di utara China.


Jambatan ini dibina oleh China Railway Pertama Group Co, Ltd dan disiapkan dalam tempoh 2 tahun.

©Eriyza : Entah bilalah agaknya Jambatan Bukit Kuang akan siap??

Via : China Daily | Mercury News

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.