Aug 15, 2012

Cedera Mata Bahana Mercun Bola


Seorang pemuda hanya mahu menjemur mercun bola miliknya yang basah setelah terkena hujan. Namun, dia kini berisiko hilang penglihatan di kedua-dua belah mata ekoran mercun tersebut meletup di hadapannya. Cuaca panas terik pada pukul 12 tengah hari ketika Mohd Azrin Hadi, 22, menjemur mercun bola menyebabkan 50 biji bahan letupan itu meledak serentak.


Mangsa yang tinggal di Kampung Paloh, Chicha Tinggi, Pasir Mas, Kelantan mengalami kecederaan teruk di bahagian mata, badan serta kaki. Bapa mangsa, 44, sedang terjaga dari tidur setelah mendengar beberapa letupan yang kuat. Dia segera ke luar rumah dan mendapati anaknya sedang terlentang di atas tanah dalam keadaan berlumuran darah.

Azrin segera dikejarkan ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan tetapi dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana kecederaan yang serius.

©Eriyza : Selepas dua sahabat cedera kerana mercun bola, kini Mohd Azrin pula mungkin buta bahana mercun yang sama.

Via : Sinar Harian | Utusan Malaysia



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.