Seorang remaja perempuan tidak menyangka pelawaan teman lelakinya untuk bersahur bersama bakal membawa malang kepadanya apabila dia dibakar oleh kekasihnya itu di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju. Mangsa, Nurul Firzanah, 16, dipercayai disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya terbakar. Mangsa yang masih bersekolah dalam tingkatan empat berada dalam keadaan kritikal.
Bapa mangsa Mat Zaki Mat Hussin, 45, mendakwa anaknya itu ke rumah ibu angkatnya sebelum dibenarkan keluar untuk bersahur dengan teman lelakinya yang berusia 19 tahun pada pukul 3.15 pagi. Mereka tidak menghalang pasangan itu keluar bersama ekoran telah lama mengetahui hubungan mereka berdua.
Pemuda di atas adalah kekasih kepada Nurul Firzanah dan merupakan suspek utama kes ini. Dia menggunakan nickname Dani Tiger di Facebook.
Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang dibakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam.
Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR
Umur : 18 Tahun
Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.
Petikan MynewsHub
Penulis sebenarnya terkejut kerana penjaga kepada remaja ini membiarkan anaknya keluar dengan lelaki pada waktu dinihari atas tiket 'kenal' walaupun kononnya untuk bersahur.
©Eriyza : Semoga pelaku jenayah ini dapat dicekup dengan kadar segera dan dijatuhi hukuman yang sewajarnya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.