Seorang kakitangan pusat perkembangan minda kanak-kanak di Mutiara Damansara, Yasuhaidah Yeop, 22, mati dalam keadaan ngeri apabila lehernya dikelar di depan pintu sebuah rumah flat di Flora Damansara pada pukul 3 pagi. Terdapat 14 kesan kelaran di leher dan kepala, kesan luka di kedua-dua belah tapak tangan, empat kesan tikaman di kedua-dua belah rusuk, satu tikaman di belakang leher dan satu kesan luka di perut. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Yasuhaidah tinggal di tingkat enam flat berkenaan bersama kakaknya. Ketika tragedi berlaku, mangsa hanya berada seorang diri di rumah tersebut.
Kakak mangsa, Yanoaini Yeop, 35, berkata, dia mengetahui kejadian malang yang menimpa Yasuhaidah yang mesra dipanggil Ucuk apabila seorang lagi adik perempuannya yang tinggal bersama mangsa menghubungi suaminya, Syahar Mohd. Ali, 38, pada pukul 4 pagi.
“Masa menelefon, dia (adik) minta suami saya bertenang sebelum beritahu Ucuk sudah tiada (meninggal dunia) kena tikam,” kata wanita itu ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur.
Menurut Yanoaini, mangsa menyewa di flat itu bersama kakaknya, Yazniyana Yeop sejak enam bulan lalu namun semasa kejadian gadis itu tinggal seorang diri kerana kakaknya keluar bersama teman lelakinya untuk membeli barangan keperluan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.
Yanoaoni memberitahu, anak bongsu daripada lapan beradik itu tidak mengikut kakaknya membeli-belah di Jalan TAR pada malam tersebut kerana mahu berehat untuk bekerja syif pagi semalam.
“Sebelum keluar rumah, Yazniyana ada pesan dengan Ucuk yang dia akan pulang lambat dan mahu bersahur bersama-sama,” katanya sambil memberitahu Yazniyana bekerja di sebuah restoran makanan segera.
Sebelum itu, pada petang kelmarin, dua beradik itu yang menunggang motosikal berkunjung ke rumahnya di Taman Medan di sini menghantar biskut raya yang dibuat sendiri oleh mereka untuk dikirim kepada keluarga di Beruas.
“Petang itu (kelmarin), Ucuk bawa dua anak saya berjalan-jalan di kawasan rumah sebelum mereka berdua balik ke Damansara selepas berbuka puasa,” kata Yanoaoni.
“Ini kali pertama Ucuk membuat sendiri biskut raya untuk keluarga,” katanya.
Yanoaini memberitahu, pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, gadis itu merancang beraya di ibu negara kerana hanya bercuti satu hari pada hari raya tersebut.
“Ucuk beritahu dia akan pulang beraya ke kampung pada hari raya kelima,” katanya.
Petikan Kosmo!
Takziah kepada keluarga allahyarhamah yang kehilangan mangsa dalam keadaan ngeri. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
©Eriyza : Hari Raya tidak bererti tanpa kehadiran ahli keluarga tersayang.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.