Aug 1, 2012

Harga Tidak Wajar Di Restoran Nasi Kandar


Mohamad Yusri Hanafiah, 32, yang membeli sebungkus nasi di sebuah restoran nasi kandar di Kulim untuk bekalan bersahur terperanjat apabila harga makanan mencecah RM18.50. Mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas pekerja industri mendakwa membeli nasi bersama ayam goreng, dua kacang bendi dan dua ekor sotong berukuran kira-kira tiga sentimeter.


Dia yang merasakan jumlah yang perlu dibayar tidak wajar telah meminta pekerja di restoran itu mengira nasi bungkus serta lauk yang dibelinya beberapa kali. Namun, dia tetap membayar harga makanan tersebut walaupun tidak bersetuju dengan harganya.


“Nak buat macam mana. Saya nak bersahur terpaksa juga membayarnya. Saya kemudian mengadu kepada seorang rakan yang menjual nasi di pasar Ramadan dan dia beritahu penjual nasi restoran sedemikian tidak menjalankan perniagaan mereka waktu siang dan ini mengakibatkan pemilik premis mengalami kerugian.

"Untuk memastikan mereka dapat semula modal telah dikeluarkan, pemaju restoran akan naikkan harga makanan mereka berlipat kali ganda terutama waktu sahur,” katanya.

Petikan Sinar Harian


Para pembeli yang mengalami masalah harga makanan yang terlalu mahal boleh membuat laporan di balai polis sebelum menyerahkan aduan tersebut kepada persatuan pengguna untuk tindakan lanjut.

©Eriyza : Tidak tergamak mengenakan caj yang mahal kepada pembeli.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.