Ekoran kes polis mengamuk di hotel, Inspektor Mohd. Azuan Yasin, 32, telah dihadapkan ke tiga Mahkamah Majistret pada Isnin (30 Julai 2012) atas tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta di Hotel S2, Seremban. Namun, pegawai polis tersebut tidak mengaku bersalah.
Berikut antara 3 pertuduhan yang dikenakan ke atas Mohd. Azuan yang dibicarakan di hadapan 3 hakim berlainan.
1. Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh
Tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Mohamed Nadzeem Zainal Larifin, 25, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lalu.
Dia juga dituduh memecah cermin pintu hadapan kereta bernombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, sehingga menyebabkan pemilik kenderaan itu kerugian sebanyak RM150 pada pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh dan masa sama.
2.Majistret Haslina Basarudin
Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menakutkan Koh Wen Gio, 32, menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai pistol pada pukul 2.50 pagi di ruang tamu Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas.
3. Majistret S.Megaswary
Tertuduh didakwa memecah pintu belakang sebelah kiri kereta bernombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan pemiliknya kerugian sebanyak RM180 dalam kejadian pada pukul 5.45 pagi di kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama.
Petikan Kosmo!
Untuk pertuduhan mendatangkan kecederaan, Mohd. Azuan didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau sebat.
©Eriyza : Hukuman setimpal patut dijatuhkan kepada pelaku kesalahan agar menjadi pengajaran kepada orang lain.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.