Aug 4, 2012

Nasib Malang Pelajar Ponteng


Seorang pelajar ditimpa malang di dalam cubaannya untuk ponteng sekolah. De Fang, 16, keluar dari kelas lalu memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China dengan niat untuk ponteng sekolah. Namun, dia tersilap langkah kerana tangannya licin akibat berpeluh lalu tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.


Di dalam keadaan sakit, dia menjerit sekuat hati untuk meminta tolong. Mujurlah ada pelajar lain yang mendengar jeritannya lalu segera memberitahu pihak sekolah. Sekumpulan anggota bomba dikerahkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.

Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat kecederaannya.

©Eriyza : Tidak pernah lompat pagar cuma pernah lompat jauh.

Via : Harian Metro | DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.